Perjalanan hidupku tidak sama
Sejak kau mengambil langkah pergi
Tiada lagi mentari sinari
Sesali tidak guna
Kenapa kau tetap akan pergi jua
Cinta rayuan aku kau menidak
Kini jiwa ragaku lemah
Di mana kasih sayang kamu
Janji setia ungkap kau dulu
Tak guna lagi aku menunggu
Biarkan harapan ditiup bayu
Kini tinggalku sendiri tanpamu di sisi
Sedihnya hati bila engkau melangkah pergi
Biarku sendiri mengenangmu di sini
Dua hati takkan bersatu lagi
Kerana dia kini hanyalah sia-sia
Kerana dia aku dan kau di buta cinta
Bersambungnya epilog rahsia cerita kita
Tangisi diriku dinafi kataku pendusta
Antara kita dua biarku terhuyung-hayang
Dalam khayalan cintaku lepas dan ku terbang
Ku hanya tunggu dan tunggu aku mahu lupakan
Sayang aku cintaku lagumu kau dendangkan
Manis dalam khayalan realitinya penderaan
Semanis madu Kata-kata buat kaku
Patutkah ku pergi kerana hati suruh tunggu
Dulu tak pernah rasanya kau penting bagiku
Tak guna buat lagu kalau dirimu tak perlu
Akan tunggu sampai hari diri kamu di sisiku
Kini tinggalku sendiri tanpamu di sisi
Sedihnya hati bila engkau melangkah pergi
Biarku sendiri mengenangmu di sini
Dua hati takkan bersatu lagi
Kini tinggalku sendiri tanpamu di sisi
Sedihnya hati bila engkau melangkah pergi
Biarku sendiri mengenangmu di sini
Dua hati takkan bersatu lagi