Lirik Sayang-sayang – Altimet & Mawar Berduri

Lirik Sayang-sayang – Altimet & Mawar Berduri
5 (100%) 2 votes

Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah runsing
Hendakku buang terasa sayang
Sudah menjadi darah dan daging

Aku bertemu dia sewaktu usiaku enam
Pabila suria hidupku mula terbenam
Dan ke mana ku pergi dia ada di sisi
Seperti guru dia mengajarku berdikari
Berkembar tiga saudaranya irama abangnya nada
Semuanya datang darinya

Memperluaskan caraku memandang dunia
Dari perkara yang jijik ke paling mulia
Bersorak lantang atau bersopan santun
Sesuai dengan imejnya semasa berpantun
Ku pinta janjinya jangan kita berakhir
Dia tersenyum bila menjawab sambil bersyair

Chorus
Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah runsing
Hendakku buang terasa sayang
Sudah menjadi darah dan daging

Ulang Chorus

Terus ke waktu ku belia
Persahabatan kita teguh terlihatlah air dan mulia
Temannya bernama M.C ku di perkenalkan
Yang berteman dengan mic yang ingin berkenalan
Mereka berperang mengaju kata
Bukan senjata bukan sengketa
Hanya pendeta dan pendekar pena
Bertukar kata susun rapi
Seakan batu-bata membina arca
Untuk telinga bukannya mata
Ku punya pilihan untuk menjadi mereka
Mata melihat masa depan kini dan sejarah
Dan sambil aku bersantai di pangkuannya
Baru ku sedar sifat dirinya yang sebenar

Ulang Chorus 2X

Sebahagian keluarga dan kawan-kawan tak bersefahaman
Tidak bersetuju bila cintaku berarah ke situ
Kerna mereka tak mahu memerhati
Yang istimewa pada dia yang menarik hati
Jadilah orang sendiri
Jangan terperangkap begini
Tapi biarlah aku mengambil haluan ini
Hanya dia namakan aku dan M.C
Kami bertiga anggota yang akan kekal buat selamanya

Kalau tuan memancing pintu
Daun dedap di dalam perigi
Kalau tuan hai kata begitu
Alangkah sedap di dalam hati

Jadi kami terus bersama tanpa menghiraukan
Pandangan mereka peduli apa yang dirisaukan
Dan hanya kerananya ku berjalan berani
Namanya muzik sehingga kini kami serasi

Ulang Chorus 3X