Lirik Rimas – Fabulous Catz

Lirik Rimas – Fabulous Catz 4.60/5 (92.00%) 10 votes

Lari lari lari
Aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari
Cari ketenangan diri

Pergi pergi pergi
Engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu mahu
Engkau hadir dalam diri ini

Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak di dada
Biar ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti
Caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai
Caraku mencintaimu

Lafazan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami
Maksud yang tesembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

Chorus
Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas aku rimas

Tinggalkan seorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang
Letupnya siang-siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang

Dan bawa ku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang
Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang

Terbongkang ku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkangkang gila ku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang

Ulang Chorus

Lari lari aku
Lari tinggalkan tinggalkan semua ini
‘Tuk mencari untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri

Ulang Chorus 2X