Lirik Picisan – Nubhan

Lirik Picisan – Nubhan
5 (100%) 2 votes

Usahlah kau ucapkan selamat tinggal kepada diriku
Apa gunanya
Perlukah kau rasmikan sesuatu yang telah hancur
Dan berkecai

Chorus
Ku tak perlu simpati darimu
Hanya membunuhku
Yang aku mahu
Hanyalah cintamu yang menghilang kian padam
Yang aku mahu
Kau seperti dulu mencintaku

Tak perlu kau memohon kemaafan dari diriku
Sebelum kau pergi
Ianya tidak mungkin hentikan darah dari luka
Yang kau tinggalkan

Ulang Chorus

Ku sangka
Cinta adalah pelangi
Di penghujungnya tertimbun timbunan permata bahagia
Namun hanyalah dongengan
Dari bermulanya dipesankan dari pujangga picisan

Yang ku mahu cintamu yang jauh menghilang dan kian terpadam
Yang ku mahu