Lirik Pergi Tak Kembali – Rabbani

Lirik Pergi Tak Kembali – Rabbani 4.63/5 (92.50%) 8 votes

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Filed in Rabbani
Posted by 1LirikLagu   @   13 August 2010 5 comments

Tags:

lirik lagu pergi tak kembali,lirik lagu nasyid rabbani,lirik lagu rabbani pergi tak kembali,lirik pergi tak kembali,pergi tak kembali lirik,lirik lagu pergi tak kembali rabbani,lirik lagu nasyid rabbani pergi tak kembali,lirik lagu nasyid pergi tak kembali,lirik lagu kumpulan rabbani,nasyid rabbani

5 Comments

Comments
emo-gurl says:

lgu nasyid ini mgingatkan kita dngan kmatian…….
cuba kita hayati akan lirik ini…..
jadi bermunasabah lar……..
sedarlah kita..
kita dbumi ini hanyalah sementara………
ingatlah kita bahawa….???
KITA AKAN KEMBALI KEPADA-NYA……
ALLAHUAKBAR…..

singgah sebentar says:

sy amat meminati kumpulan nasyid ini..
dan juga lagu ini..
semoga kumpulan ini akan trus kekal wlupon arwah sudah tiada..
amin..

akma_yaakob says:

sy juga akan sedih jika saya mendengar lagu ini……………

aliaa_syazana says:

sedihnye saya dengar lagu ni….

reza says:

saya merasa terharu dan ketakutan krna lgu ni mncrtkn kematian

Comments are closed.
Previous Post
«
Next Post
»