Lirik Mimpi – Altimet & Ning Baizura

Lirik Mimpi – Altimet & Ning Baizura
5 (100%) 1 vote

Mimpi di kilang di sini
Ku di replika berkali-kali
Pabila bintang berjalan di bumi
Ini realiti atau fantasi
Aku tahu isi hatimu
Aku tahu

Hello selamat datang ke pesta
Panggung agung di mata dunia
Yang mampu membuat kau leka
Dari tanggungjawabmu oh manusia

Ayuh teropong kerenah
Mereka mengilang mereka mereka
Lagu dan cereka pelbagai selera
Supaya santaimu lebih selesa

Siar ke udara
Timur selatan barat utara
kau taksub dengan takbirnya
tapi jangan intai belakang tabirnya

Chorus
Mimpi di kilang di sini
Ku di replika berkali-kali
Pabila bintang berjalan di bumi
Ini realiti atau fantasi

Aku tahu isi hatimu
Aku tahu

Dia boleh angkat kau ke angkasa
Tapi dia kejam pada mangsanya
Dan jika kau masih mahu berjaya
Ku punya resipi tiru macam saya
Ambil kontroversi tambah sensasi
Secawan melodi secamca seksi
Photoshoot photoshop dan juga PC
Untuk meningkatkan putaran rotasi
Naikkan royalti dari MACP
Juga jumlah muat turun dan rbt
Undangan memanggung di sana sini
Selagi menjadi citarasa kini

Alangkah cantik bila bertakhta
Nombor pertama di atas carta
Bila dah turun semua di lupa
Tak apa ini kan lumrah dunia.

Ulang Chorus

Ada yang memperdayaku
Ada yang diperdaya
Ada yang memperguna mu
Ada yang diperguna

Ya memang terang kita berbeza
Kau di label besar aku merdeka
Aku tak bertuan kau berpasukan
Tapi ku masih makan tak kempunan
Kau naik lif untuk berjaya
Aku panjat tangga yang aku bina
Aku beli tanah dan bikin pangsa
Kau rumah mewah tapi menyewa
Kau ngga’ bisa bersaing di persada
Serantau dan juga antarabangsa
Jaguh di kampung segan di kota
Selesa berkarya bertongkat kuota
Usia muda fikiran tua
Tapi piala di beri jua
Jadi punca masalah bisa di lupa
Tak apa inilah ragam manusia.

Ulang Chorus