Lirik Lagu Tutup Mulut – Karmal

Rate this post

Ramai yang suka cerita tutup mulut
Ramai yang sudah derita sebab mulut
Biar mereka sebarkan cereka mereka
Biar mereka terus mereka
Tapi kita tutup mulut duduk diam dan dengar
Tutup mulut duduk diam dan dengar
Tutup mulut duduk diam dan dengar
Tutup mulut duduk diam dan dengar

Aku tutup mulut tapi tak bermakna dah bisu
Aku layan diri buat lagu yang korang tiru
Ayat macam teka-teki buat orang keliru
Sejak aku muncul ramai yang sudah haru-biru

Aku bukan boneka suka mereka cereka
Aku manusia dengan minda yang dah merdeka
Yang keluar dari mulut aku benar belaka
Memangku bertuah tapi bukan dari melaka

Aku tutup mulut dengar orang lain berborak
Bila buka mulut boleh dengar orang bersorak
Minda lain satu warna minda aku bercorak
Ramai yang sudah tercicir lepas aku bertolak

Mereka yang lemah akanku berikan habuan
Mereka yang sesat akanku berikan laluan
Aku main gila Tanjung Rambutan
Tapi ramai gila suka bagi aku sambutan

Ramai yang suka cerita tutup mulut
Ramai yang sudah derita sebab mulut
Biar mereka sebarkan cereka mereka
Biar mereka terus mereka
Tapi kita tutup mulut duduk diam dan dengar
Tutup mulut duduk diam dan dengar
Tutup mulut duduk diam dan dengar
Tutup mulut duduk diam dan dengar

Aku tutp mulut duduk diam diam dan dengar
Lebih baik duduk diam dari nama tercemar
Lebih suka rendah diri dari bercakap besar
Lebih suka pada orang yang hanya cakap benar

Ramai sudah lena aku masih sedar dan segar
Lajukan gerakan biar orang tak boleh kejar
Kelahiran aku buat hati orang berdebar
Jadi saksi lihat bakat aku sihat membesar

Aku tutup mulut biar orang lain berbual
Aku sibukkan diri buat lagu untuk jual
Ramai yang masih sibuk borak yang isinya kosong
Ramai yang masih sibuk borak yang berisi bohong

Angkat tangan tabik pada adik aku Sonaone
Kombinasi kami buat ramai orang tertawan
Suka hati korang kalau rasa tak mahu kawan
Jangan cakap banyak tapi lari bila nak lawan

Ramai yang suka cerita tutup mulut
Ramai yang sudah derita sebab mulut
Biar mereka sebarkan cereka mereka
Biar mereka terus mereka
Tapi kita tutup mulut duduk diam dan dengar
Tutup mulut duduk diam dan dengar
Tutup mulut duduk diam dan dengar
Tutup mulut duduk diam dan dengar