Lirik Lagu Suria Dan Siara – Anuar Zain

Rate this post

Bintang timur muncul sebentar cuma
Pastikan hilang pada dinihari
Segelintir yang menyaksinya
Hadir cuma sebentar bagaikan suatu rahsia

Tinggalkan malam layangan ilham
Sampaikan salam siarra yang bungkam

Selamat pagi sang suria mulaikan hari
Apakah janjimu untukku hari ini
Selamat tinggal sang siarra akhiri malam
Apakah rahsia yang telah kau bawa pergi

Bintang timur hadir bersama dingin
Pastikan pulang mengiringi sunyi
Segelintir yang menyaksinya
Hadir buat seketika simpan suatu rahsia