Lirik Lagu Superhero – Payslip

Lirik Lagu Superhero – Payslip
5 (100%) 1 vote

Teristimewa satu wanita
Berdiri tinggi di darjat dunia
Dia semua guru ibunda
Dia juga pendengar yang setia

Takkan sama takkan jumpa
Hilang satu tiada gantinya
Permaisuri dalam jiwa
Miliknyalah segala piala

Dia tak pernah mengalah
Dengan baik burukku
Dia yang pantau semua
Superhero hidupku

Tiada wanita setanding dia
Kucing baju hitam pun kurang bisa
Tak perlu terbang berkain merah
Hanya kain kecil bersih semua

Dia kaya berbahasa
Terdiamku bila dia berkata
Dia serba serbi indah
Tenaganya oh luar biasa

Dia tak pernah mengalah
Dengan baik burukku
Dia yang pantau semua
Superhero hidupku

Tak puasku katakan
Yang kucinta dia
Terima kasih ku berganda
Jika ada wanita mahu hidup bersama
Lihat contohku depan mata

Dia tak pernah mengalah
Dengan baik burukku
Dia yang pantau semua
Superhero hidupku

Dia tak pernah mengalah
Dengan baik burukku
Dia yang pantau semua
Superhero hidupku