Lirik Lagu Sudikah Kau Kembali Kepadaku – Cenderawasih

Rate this post

Sudikah kau kembali kepadaku
Wahai kekasih lama yang ku rindu
Andainya kau tak lagi bahagia
Dengan dia yang melukakan hati mu

Sudikah kau kembali kepadaku
Wahai kekasih lama yang ku rindu
Andainya kau sudi menerima ku
Dapatkah dibina cinta baru

Lupakanlah sengketa lama
Jalinkanlah cinta ynag baru
Semoga di kali ini
Kau dan aku setia
Lupakanlah peristiwa lama
Jadikanlah kenangan pilu
Semoga di kali ini semakin bahagia

Selama ini ku sepi tanpa mu
Apakah kau begitu jua sayang
Andainya kau masih sayang padaku
Sudikah kau kembali biarpun pedih

Usahlah kau ragu tentang hati ku
Cinta ku yang dulu semakin segar
Cuba kau tanya pada diri mu
Apakah kau ‘kan lukakan lagi

Kehancuran di masa lalu
Telah cukup menyedarkanku
Betapa hati kita luka
Dan rindu membakar
Kesedihan di masa lalu
Telah pun cukup menyiksakan
Betapa kita masih perlu
Meneruskan cinta