Lirik Lagu Seriputeh – Oh Chentaku feat Altimet

Rate this post

Dia hanya berkawan
Hatinya ikhlas dibalas tohmahan
Dilempar tuduhan dia pertahan
Hatinya Wan Darus bukan Deraman

Ditusuk sebilah mati tak makan
Diganti bilah lain tidak punya warisan
Sebutir sumpahan biar putih mengalir
Tujuh keturunan rezeki kamu takkan cair

Sumpahan lagenda racuni segalanya
Kekal tidak berdarah Seriputeh berpuaka

Jong jong jong inai jong inai jong inai
Mak ipong Rajawali
Tersepak tunggul inai tersepak tunggul inai
Berdarahlah ibu kaki

Sumpahan lagenda racuni segalanya
Kekal tidak berdarah Seriputeh berpuaka
Laksana kehidupan usahlah bersempadan
Cekal kita bersatu hargai cinta bersama