Lirik Lagu Segitiga Piramida – Wings

Rate this post

Kutip bintang bertaburan
Pandang kiri dan kanan
Dulu makan beribuan
Kini makan jutaan siapa kisah

Duduk di bawah kau tadah
Duduk atas kau sapu
Duduk di kiri kau siku
Duduk kanan kau tekan
Siapa kisah sama saja mana-mana

Mana lagi tanah untuk kami sembunyi
Larikan diri dari sumpahan sang kelembai sadis bermata satu

Apa lagi peperangan kami perlukan
Lepaskan diri dari kurungan segitiga piramida

Dana melangkau fikiran adalah yang tak kena
Kasi mengharap balasan ada yang nak dibeli
Siapa kisah jiwa kami nak dibeli

Akan bertimbun bertambah
Apa yang sudah kau punggah
Kaya berganda terkaya
Dan sementara papa berganda kedana
Kami yang mudah kau timpa
Kaki segitiga piramida

Duduk di bawah kau tadah
Duduk atas kau sapu
Duduk di kiri kau siku
Duduk kanan kau tekan
Siapa kisah sama saja mana mana

Mana lagi tanah untuk kami sembunyi
Larikan diri dari sumpahan sang kelembai sadis bermata satu

Apa lagi peperangan kami perlukan
Lepaskan diri dari kurungan segitiga piramida

Akan bertimbun bertambah
Apa yang sudah kau punggah
Kaya berganda terkaya
Dan sementara papa berganda kedana
Kami yang mudah kau timpa
Kaki segitiga piramida