Lirik Lagu Salam Lebaran @ Hangatnya Raya – Various Artist

Lirik Lagu Salam Lebaran @ Hangatnya Raya – Various Artist
5 (100%) 1 vote

Bermula segala
Takbir kan bergema
Melihat wajah ayah ibu tercinta
Senyum gembira

Salam bersalaman pohon kemaafan
Sesama kita
Seluruh keluarga berkumpul
Menyambut hari mulia

Mesra suasana, tanda bersyukur
Kurnia darinya
Agar Aidilfitri disambut dengan rasa gembira

Salam
Lebaran
Kita bermaafan dalam keriangan
Gembira dalam meraikan
Syawal dengan keikhlasan

Lupakan
Sengketa
Tidak mengira bangsa meraikannya
Riangnya senda sekeluarga
Meraikan hari raya

Juadah terhidang
Pelita dipasang
Menyerikan lagi hari raya
Agar tersenyum riang