Lirik Lagu Ragam Manusia – Karmal feat Fidz

Lirik Lagu Ragam Manusia – Karmal feat Fidz
1 (20%) 1 vote

Inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Aku lelaki tidak sempurna
Masih cuba puaskan semua
Tabah mencari peluang terbuka
Walaupun hati aku ini sering terluka

Sedih masih ada lagi
Rindu bila ku dah pergi
Tapi aku tabah terima kenyataan
Susun perkataan untuk luahkan perasaan

Ada lagi tak faham syaratku
Apa maksudku di dalam lagu
Aku tetap hargai setiap individu
Kena tanpa mereka siapalah diriku

Ramai yang beritahu mahu memahamiku
Sebenarnya hanya ikut ke sana situ
Sibuk nak tolong tulis semua ceritaku
Tetapi tak mahu ambil tahu deritaku

Apalah yang hendak dikata
Sudah suratan takdir menentukan
Ohh inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Aku lelaki tidak sempurna
Cuba menjadi orang berguna
Mahu mengubah orang menjadi lebih terbuka
Tapi ada juga yang nampaknya tidak teruja

Banyak nama samaran mengarut
Ramai yang lihat ku serabut
Kata kritik tpai komen penuh dengan menghasut
Tak senang selagi hidup aku tak kelam kabut

Pandang cuma sebelah mata
Lantang patah kata-kata
Suka pabila sedihku datang menguji hati
Tapi semangatku belum kebumi lagi

Ramai yang beritahu mahu memahamiku
Sebenarnya hanya ikut ke sana situ
Sibuk nak tolong tulis semua ceritaku
Tetapi tak mahu ambil tahu deritaku

Apalah yang hendak dikata
Sudah suratan takdir menentukan
Ohh inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Sabar walau apa yang berlaku
Sabar selagi aku ini mampu
Sering diingat yang aku ini hanya manusia
Tak nak menyesal terlewat ditelan usia

Sabar walau apa yang berlaku
Sabar selagi aku ini mampu
Walaupun hari ini tidak secerah semalam
Harap impianku semua takkan terpadam

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan airmata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan