Lirik Lagu Potret Lama – Elite

Rate this post

Semalam secara tak sengaja
Aku terjumpa potret lama
Oh kita berdua
Mesra bersama
Tiba tiba sebak di dada

Lalu terkenang satu ketika
Kau insan teramat ku cinta
Kau pernah berjanji
Hingga akhir nanti
Kau untukku namun berpisah jua

Di manakah kau kini
Siapakah di sisi
Adakah kau terfikir yang ku fikir
Tiba tiba terasa sedih hiba kerna
Sebahagian hidupku ada padamu

Di malam dingin aku terjaga
Dikejut mimpi kau berkata
Tak mungkin kita
Kembali bersama
Semalaman daku berairmata

Oh kerna potret kita
Berdarah luka lama
Ku tangis gelisah kernamu
Kernamu