Lirik Lagu Pening Raya – M. Nasir & Salih Yaakob

Rate this post

Eh Nasir tolong aku
Tolong apa?
La marilah tolong aku kejap
Aku pening lah
Pening?
Kau boleh tolong tak?
Apa yang kau nak?
Apa dia? Tak dengar

Eh Salih apa yang kau fikirkan
Kau macam orang tak keruan
Mahluk mana yang terlepas
Kacau kau di pagi raya
Tak mungkin semalam kau mimpi
Dipatuk ular lagi

Hai Nasir ku tak mimpi apa
Cuma bila sampai hari raya
Hai pening aku runsing
Menghadapi semua
Kocek tak penuh betul-betul
Banyak ubi keledek
Biar aku cangkul

Aku pohon kau terima
Hari ini hari raya
Bukan mesti
banyak belanja
Kita sederhana saja
Jangan pening jangan runsing
Jangan
pening pening pening

Macam mana ku tak pening
Hutang yang dulu masih lagi ada duduk keliling
Sedang menjeling
Mana kuih mana baju
Mana langsir dan pinggan mangkuk
Dan juga kereta baru
Kantoi aku

Mana dulu didulukan
Yang mudah dipermudahkan
Baru semua berkenan

Kalau begitu caranya baru aku terima
Semuanya dah sedia
Tiba sudah hari raya
Mari kita bergembira

Jangan pening
Tak nak pening
Buat apa pening
Usah pening
Pening pening
Jangan pening
Pening pening pening