Lirik Lagu Penat – Andi Bernadee

Ku hanya mampu memberi secebis dari semua
Ku takut akan janji yang diberi atau terima
Aku tahu tiada pelangi di langit yang gelap
Tapi aku masih mencari bintang

Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau engkau aku percayai
Takkan pernah, takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu hingga ke penamat

Ku takkan pernah, ku takkan penat
Ku masih bertahan walau diri semakin berat
Hanya untukmu

Aku tak mahu kau bersedih
Janjiku usahakan lebih
Istana ku bina untukmu untuk kita bersama
Di sinilah tempat di mana kau rehat
Jika kau terluka akulah ubat
Ukiran tersenyum melihat engkau

Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau engkau aku percayai
Takkan pernah, takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu hingga ke penamat

Ku takkan pernah, ku takkan penat
Ku masih bertahan walau diri semakin berat
Hanya untukmu
Hanya untukmu