Lirik Lagu Penanti – Wings

Lirik Lagu Penanti – Wings
4 (80%) 1 vote

Masihku nantikan sehingga kini
Penamatnya rinduku umpama tiada
Bersimpul kenangan sepanjang masa
Waktu detik selari ditemani bayang

Engkau hilang dalam terang
Engkau menghilang
Gerhana ke seluruh pancainderaku

Kau berikan aku cinta dan ku ditinggal
Dan haluan berliku mekar berduri

Sumpah dan janjikan tetapku pegang
Lautan api seteru cekalku renangi
Kerana kasihku teguh untukmu
Yakin engkau di situkan menghampiriku

Engkau hilang dalam terang
Engkau menghilang
Gerhana ke seluruh pancainderaku

Kau berikan aku cinta dan ku ditinggalkan
Dan haluan berliku mekar berduri

Di hatiku kau segar selamanya
Walau tiada lagi kau jelma dimimpiku
Ku masih harap kau sudi bertamu
Pecahkan kaca alamku yang sunyi

Hanya engkaulah cahaya kalbuku
Tiap madahku selitkan puisi saktiku
Sebagai satu tandanya cintaku
Demi seri perkasihan abadi

Sekira masihnya aku engkau rindui
Tampillah kau segera ku harap kau disisi
Masih lagiku bergelar seorang penanti
Dalam gelap taman yang sepi

Di hatiku kau segar selamanya
Walau tiada lagi kau jelma dimimpiku
Ku masih harap kau sudi bertamu
Pecahkan kaca alamku yang sunyi

Hanya engkaulah cahaya kalbuku
Tiap madahku selitkan puisi saktiku
Sebagai satu tandanya cintaku
Demi seri perkasihan abadi