Lirik Lagu Mengikat Janji – Ahmad Jais & Rafeah Buang

Rate this post

AJ:
Nak orang dagang mandi muara
Ramailah jugalah mencuci kain
Adik dipandang bertambah cahaya
Rasalah tidak ada yang lain
Rasalah tidak ada yang lain

RB:
Rumah rang agung beratap ijuk
Mengukir-ngukir salah panduan
Sungguhlah tuan pandai memujuk
Habislah manis sepah dibuang
Habislah manis sepah dibuang

AJ:
Beriak air tepi muara
Riak dek anak mandi bersama
Kalaulah adik tidak percaya
Hilanglah bulan hilanglah nyawa
Hilanglah bulan hilanglah nyawa

RB:
Ke kota riau jalan mendaki
Ramai didaki dek orang bagung
Tidaklah elok kita berjanji
Mungkin kan janji badan binasa
Mungkin kan janji badan binasa

AJ:
Gunung merapi tinggi puncaknya
Orang kuliti ke padang panjang
Kalau tak juga adik percaya
Alamat diri kan mabuk sorang
Alamat diri kan mabuk sorang

RB:
Berliku-liku jalan pun licin
Ruang di gertak air perigi

AJ: & RB:
Kalau begitu kehendak hati
Marilah kita mengikat janji
Marilah kita mengikat janji