Lirik Lagu Mengharap Sinar Menelan Kabus – Ahmad Jais

Rate this post

Keluhan nada kecewa
Pandang melukis harapan suci
Ada ghairah di matanya
Dahaga kasih insan berbudi

Renungan membendung rasa
Wajah mengukir bicara hati
Ada kisah di bibirnya
Dalam bisu buat hamba mengerti

Mengharap sinar menelan kabus
Ubat jiwa penawar luka
Dapatkah hati ini menebus
Dosa insan sejenis hamba

Berbakti sumbangan hamba
Lupakan dia yang telah pergi
Jalan baru untuk ke syurga
Mari bersama kita rentasi