Lirik Lagu Mawar – Nurfatima

Rate this post

Suatu masa dipuja
Suatu masa dicinta
Terlerai dakapan mesra
Dunia bagaikan roda

Kasih tiada berbunga
Cinta dibalas dusta
Tinggalkan segala-gala
Kerna sayang kau turutkan

Mawar kini kau kembali mekar
Di jiwa walau berhujan tangisan
Mencari kekuatan
Dalam sedar walaupun lemah terlantar
Mendambakan ampunan Maha Esa
Harapan hambanya

Di dalam kepiluan
Kau menjejaki sinar
Asalkan berjauhan
Dari hidup penuh noda

Mawar kini kau kembali mekar
Di jiwa walau berhujan tangisan
Mencari kekuatan
Dalam sedar walaupun lemah terlantar
Mendambakan ampunan Maha Esa
Harapan hambanya

Beruntunglah belum pada pengakhirnya
Kerna masih bernyawa
Kembali ke landasannya

Bagaimana mawar yang layu kembali mekar
Di jiwa walau berhujan tangisan
Mencari kekuatan
Dalam sedar walaupun lemah terlantar
Mendambakan ampunan Maha Esa
Harapan hambanya