Lirik Lagu Masa Lalu – Rya Rahman

Lirik Lagu Masa Lalu – Rya Rahman
5 (100%) 1 vote

Setiap langkahku diiringi
Rasa sendu di hati
Meninggalkan kau pergi bukan kemahuan diri
Maafkanlah diriku kerna mungkiri janji

Ku sedar keterlaluan pintaku terhadapmu
Pinta tulus hatimu membalas kerinduanku
Sedangkan aku tahu
Cerita kita hanya masa lalu

Namun tak ku bersedia melupakan segala
Gelak tawa senda gurauan kita bersama
Janji-janji yang kau beri aku percaya
Namun semua hanya tinggal kata-kata

Bukannya ku tak cuba fahami dirimu
Namun kau terus-terusan menguji diriku
Walau tak berdaya aku hanya mampu
Tersenyum padamu

Andai mentari enggan lagi menyinar
Andainya ombak jemu memukul pantai
Barulah ku terima kehilangan
Cintamu yang selama ini aku dambakan

Kini biarku hilang tinggal tanda tanya
Memujuk hati sayu lepaskan dirimu
Mungkin benar katamu sudah suratan
Kita tak mungkin bersatu

Mungkin benar katamu sudah suratan
Kita hanya masa lalu