Lirik Lagu Malas – Black Dog Bone

Rate this post

Ini zaman bukan untuk orang orang malas
Yang hidup hanya untuk bersenang saja
Tidak mahu bekerja keras

Gerakkan tulangmu empat kerat dengan cergas
Jangan takut peluh mengalir membasah tubuh
Demi untuk rezeki yang halal

Disuruh buat sesuatu
Usah kau bertingkah malas
Nanti majikanmu naik radang
Engkau akan dibuang kerja

Kalau dia sudah biasa bermalas malas
Lebih baik engkau jauhkan diri darinya
Sedikit pun kau takkan rugi

Orang malas selalu rugi
Kawan-kawan semua lari
Asyik melawa tak mahu kerja
Ada hati berpoya-poya

Janganlah engkau terus bermalas malas lagi
Buktikan hidup mu pun boleh berdikari
Seperti kawan kawan lain