Lirik Lagu Lina – Dato’ Shake

Rate this post

Jauh sudah ku kembara
Ke kota-kota yang indah
Merintis jalan membina
Masa hadapan

Suka duka ku alami
Pengalaman pahit manis
Semuanya memberi aku
Semangat yang tabah

Lina kini bahgianya
Kau membawa ilham seni untuk ku
Lina kini ku mengerti
Kau memberi cinta yang suci

Gadis-gadis di jalanan
Yang memikat dan menawan
Namun tak seindah
Budimu yang suci

Kau menyinari hidupku
Dalam sepiku di rantau
Kau selalu bersamaku
Seiring jalan

Lina kini gembiranya
Ku berjaya demi pengorbananmu
Lina kasih dan sayang mu
Ku nyanyikan dalam hidupku