Lirik Lagu Ku Pohonkan Kemaafan – Abot & Mel

Lirik Lagu Ku Pohonkan Kemaafan – Abot & Mel
5 (100%) 1 vote

Keheningan malam raya
Tersentuh hati nan sayu
Mengenang nasib badan
Aku yang di rantauan

Terbayang lambaian desaku
Seakan memanggil pulang ke sisimu

Seakan saat ini cuba
Ingin ku terbang pulang kepadamu

Namun apakan daya ini
Tak mamapu kutunaikan hajat hati
Ku di sini diperlukan

Pada ibuku tersayang
Sabar menanti ku pulang
Di syawal yang menjelang
Ku pohon kemaafan

Ibu ayah sanak dan saudara
Tak pernah ku lupakan jasa dan baktimu

Semua jelas di ingatan
Bersenda di taman bak syurgawi

Ku rindukan belaianmu
Dan aku rindukan juadahmu
Pastinya gembira di hari raya

Bersalaman
Bermaafan
Bergembira di Aidilfitri
Di hari raya jamu selera
Ingatlah ku di sini
Tangan dihulur maaf diberi
Nikmatnya hari raya penuh erti