Lirik Lagu Komplikasi Pramaya – Wings

Rate this post

Wilayah ini tiada seri walau mentari menerang
Setiba malam bulan intai dibalik dinding pembentung

Aku kembali dikejar janji berdepan ramai pembayang
Komplikasi berkabus mimpi
Kadang lemas disergah rakus dendam sesawang silam

Namun cekali gagahi dalam pilu bergurindam
Rangkap tersusun mengatur kata rahsia jiwa

Hei di sana penilai hei di sini terkulai

Bersiap untuk diserang menerjah segala berkemungkinan
Bersiap mara berperang diajar bara minda hati insan

Wilayah ini tiada seri walau mentari menerang
Setiba malam bulan intai dibalik dinding perbentuk

Aku kembali dikejar janji berdepan ramai pembayang
Komplikasi berkabus mimpi
Kadang lemas disergah rakus dendam sesawang silam

Namun cekali gagahi dalam pilu bergurindam
Rangkap tersusun mengatur kata rahsia jiwa

Bersiap untuk diserang menerjah segala berkemungkinan
Bersiap mara berperang diajar bara minda hati insan

Segenap sudut bersawang setiap langkah harung impian
Sepuluh hari berjuang menuju ke arah sejahtera