Lirik Lagu Kemulian Ramadhan – Unic

Rate this post

Ramadhan bulan ibadah
Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
Bulan kesabaran dan keinsafan
Lapar dahaga mendidik jiwa
Menundukkan nafsu
Mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
Ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yang durjana
Dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmatNya (ya Ramadhan)
Dikurnia bulan yang mulia (ya Ramadhan)
Beruntunglah bagi mereka (ya Ramadhan)
Yang mendapat keberkatanNya(ya Ramadhan)

Tiap satu pahala ibadah
Tujuh puluh ia digandakan
Sepuluh akhir Ramadhan
Dikurniakan Lailatul Qadar
Malam yang terbaik
Diumpamakan seribu bulan

Ramadhan bulan ibadah
Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda

Pintu syurga dibukakan
Ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yang durjana
Dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmatNya (ya Ramadhan)
Dikurnia bulan yang mulia (ya Ramadhan)
Beruntunglah bagi mereka (ya Ramadhan)
Yang mendapat keberkatanNya(ya Ramadhan)

Tiap satu pahala ibadah
Tujuh puluh ia digandakan
Sepuluh akhir Ramadhan
Dikurniakan Lailatul Qadar
Malam yang terbaik
Diumpamakan seribu bulan

Ramadhan bulan ibadah
Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan ibadah
Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda