Lirik Lagu Kembalikan Kasih Pulangkan Rindu – Data & Ira Khairani

Lirik Lagu Kembalikan Kasih Pulangkan Rindu – Data & Ira Khairani
5 (100%) 1 vote

Setelah aku menyedari
Engkau ditinggalkan kekasih
Teringin rasanya di hati
Menjalin kasih yang lama terpinggir

Terharu rasa hati ini
Kelu menahan airmata
Bila kau suarakan hasrat
Untuk kembali ke sisiku lagi

Dahaga di dalam gerimis
Berpeluh dalam kedinginan
Seumpama diriku
Pasti terasa malu
Walaupun merindu

Kembalikan kasih pulangkanlah rindu
Jalinkan semula ikatan yang lalu
Usah dihiraukan apapun cacian
Juga penghinaan yang akan dilemparkan

Kerana kasih kita kasih
Yang sejati yang lahir
Dari hati yang tulus suci

Tertulis sudah suratannya
Menemukan kita
Di hujung perpisahan
Dan awal pertemuan
Semoga berkekalan

Terhapus sudah noktah perpisahan
Tercatitnya garis pertemuan