Lirik Lagu Keliru – Asyraf Nasir

HOOK:
Aku keliru, ku keliru.
Harus ku percayakan mana satu?
Aku keliru, oh, keliru.
Buat begini terjadi begitu.

Ku perlu penjelasan apa yang ku kurang tahu.
Hari yang baru, pelajari yang berlalu.
Makin keliru, oh, oh keliru.
Buat begini terjadi begitu.

VERSE 1:
Ku tidak tahu, minda dah celaru.
Tengok tangan mana gerak tiap waktu.
Cuba rasa, tak kuasa ku,
Tangan mana masuk atau keluar saku,

Peristiwa lain-lain tak terikut kronologi.
Rasa macam akhir tahun sentiasa diuji.
Dulu dulu tak kenal, maybe now you know me.
Hati jiwa ku kental, ku tak rasa lonely.

Mulut besar, kata-katanya, mula merapu.
Citarasa, 3 rasa, ikan kerapu.
Ku membesar, cita-cita ke Kinabalu.
Susun susulan semula rangka, biar teratur.

Perjalanan hidup ini memang bukan mudah,
Ragam manusia boleh juga berubah.
I’m Going free fall, ku tersangkut.
Kalau jatuh dalam gaung siapa angkut?

PRE-HOOK:
Apakah yang benar? Di sebalik sana,
Muncul hanya pada waktu ku di kala senang.
Aku cuba tenang, masalah dikenang,
Arusnya menentang.
Halangan merentang.

( HOOK )

BRIDGE:
Asal mana?
Asal usul.
Asal tanya?
Asal betul.

Asal mana?
Asal usul.
Asal tanya?
I sold my soul.

VERSE 2:
Pick up the pace,
Put all the rats in the race,
All of the issues are raised,
You gotta brace,
Putting yourself into place,
More than just tryna save face
.
Boleh bawa berita tergempar.
Rupa pelanduk dua serupa,
Penat memasak di dalam dapur,
Kasi dengar satu Kuala Lumpur.

ASYRAF NASIR on the run, lari lari makin laju takkan perlahan.
I am the one, cari-cari cara-cara walau ku tak ikut pelan.
Kais pagi sampai petang, malam masih muda.
Capai garisan penamat, berapa kuasa kuda?

( HOOK )