Lirik Lagu Joget Dekat Je – Diplomats of Drum feat Altimet

Lirik Lagu Joget Dekat Je – Diplomats of Drum feat Altimet
3 (60%) 1 vote

Dari Stulang Laut ke Seberang lah Jaya
Singgahlah sekejap di Batu Tiga
Kalau tuan dan puan ada sedikit masa
Jemputlah datang ke negeri kita

Labuhkan sauh diikatlah rantai
Dari kapal ke jeti mengayuh sampan
Pulang mencari tempat bersantai
Kami kumpulan yang puas berjalan
Buah ditangan tuk sahabat handai
Bila berjumpa bercerita sakan
Kalaulah tuan si bijak dan pandai
Di mana tempat suasananya nyaman

Kuala Lumpur dekat je
Pantai Behor dekat je
Teluk Kemang dekat je
Paya Mengkuang dekat je
Langkawi dekat je
Tak lupa Miri dekat je

Dari Stulang Laut ke Seberang lah Jaya
Singgahlah sekejap di Batu Tiga
Kalau tuan dan puan ada sedikit masa
Jemputlah datang ke negeri kita

Darilah Mersing ke Pulau Rawa
Bila berehat duduk bersila
Kalau tuan dan puan ada sedikit masa
Jemputlah datang ke negeri kita

Bukit lah Broga ke Gunung Jerai
Gunung lah Ledang ke Gunung Tahan
Sampai ke puncak barulah melambai
Gambar diambil menjadi kenangan

Kalaulah tuan ke Karambunai
Bawa sekali rakan dan taulan
Kalaulah tuan si bijak dan pandai
Ke mana kita di tahun hadapan?

Kinabalu dekat je
Istana Batu dekat je
Rhu Sepuluh dekat je
Bandar Ipoh dekat je
Gua Mulu dekat je
Kuala Kubu Bharu dekat je

Dari Stulang Laut ke Seberang lah Jaya
Singgahlah sekejap di Batu Tiga
Kalau tuan dan puan ada sedikit masa
Jemputlah datang ke negeri kita

Darilah Mersing ke Pulau Rawa
Bila berehat duduk bersila
Kalau tuan dan puan ada sedikit masa
Jemputlah datang ke negeri kita

Sorong papan tarik papan
Buah keranji rendam cuka
Semua sekali duduk makan
Rumah kami sentiasa terbuka
Buah limau dalam kedai
Beli untuk si buah hati
Lagu kami belum selesai
Izinkan kami menyanyi lagi

Kalau berbahasa kami berbudi
Kalau berbahasa kami berbudi
Selepas bekerja bolehlah bercuti
Jemputlah datang hey kalaulah sudi

Darilah Mersing ke Pulau Rawa
Bila berehat duduk bersila
Kalau tuan dan puan ada sedikit masa
Jemputlah datang ke negeri kita

Kalau tuan dan puan ada sedikit masa
Jemputlah datang ke negeri kita
Jemputlah datang ke negeri kita
Jemputlah datang ke negeri kita