Lirik Lagu Hikayat Asmara – Aishah

Rate this post

Untuk apa engkau menghampiri
Memaksa aku di sisimu
Serpihan kaca tiada daya
Untuk kubina istana lama

Pernahkah engkau merasakan
Derita tersusuk sembilu
Menghiris hati berkurun lama
Bertemankan airmata ini

Maafmu bagiku tiada
Mengilap pudar cinta
Anggaplah kita tidak pernah berjumpa
Di dalam hikayat asmara

Harapanku jadikan mimpi
Asyiknya meramal sendiri
Hakikat ini satu suratan
Ku tinggalmu satu kebetulan