Lirik Lagu Hello – Altimet feat Trisno Trio

Lirik Lagu Hello – Altimet feat Trisno Trio
5 (100%) 1 vote

Hello awak ni memang cantik dari kecik ke?

Hello siapakah gerangan
Ku ingin berkenalan
Jikalau tak keberatan hello
Tak ingin ku bercumbu
Hanya mahu tahu namamu
Hello hello

Hello cantik rupamu
Kau bukan jenis yang ku nampak selalu
Aku tak kenal gaya
Biasa pandai seloka kini tak berkata
Kau lihat seperti wanita berjaya
Punya akidah punyai kerjaya
Punya ijazah punya segalanya
Ni kan perwatakan yang selamba
Dan aku sangat senang melihat kamu
Tapi masih punya rasa ragu
Sudah berpunya atau masih satu lalu

Hello siapakah gerangan
Ku ingin berkenalan
Jikalau tak keberatan hello
Tak ingin ku bercumbu
Hanya mahu tahu namamu
Hello hello

Mereka kata guna akal
Dia budak nakal
Dia ahli muzik
Duit tak halal
Punya ramai teman
Sering keluar malam
Kau dara kena pandai pilih kawan
Mereka kurang faham aku usahawan
Tak tahu berapa di dalam simpanan
Mereka kata dia berkereta lama
Tak tahu aku tanggung semua bil mama

Tak apa pertama aku anak lelaki
Kedua aku di kala lima kali sehari
Ini bermakna kau tempat ketiga
Kalau tak suka kita tutup cerita

Hello siapakah gerangan
Ku ingin berkenalan
Jikalau tak keberatan hello
Tak ingin ku bercumbu
Hanya mahu tahu namamu
Hello hello

Percaya aku mencari teman selamanya
Percaya aku berani kongsi segalanya
Segala portfolio dan hartanah
Akaun bersama sahamĀ amanah
Anak kita dididik cara yang sama
Dilimpah cinta Maha Kuasa
Jika kau punya cita yang sama
Tumpang tanya siapa nama hello

Mata bertentang mata
Sebelum lidah kita berkata
Siapa namamu
Ku ingin tahu
Hello salam ku dari jauh

Hello siapakah gerangan
Ku ingin berkenalan
Jikalau tak keberatan hello
Tak ingin ku bercumbu
Hanya mahu tahu namamu
Hello hello

Siapakah gerangan
Ku ingin berkenalan
Jikalau tak keberatan hello
Tak ingin ku bercumbu
Hanya mahu tahu namamu
Hello hello