Lirik Lagu Hai – Adam

Rate this post

Ada satu hujung minggu penuh sesak
Ramai yang di KLCC ulang-alik
Naik turun tangga cuci mata
Ikut suka hati remaja

Berjalan seharian 8 jam sampai 10 malam
Haha inilah cerita orang muda
Dengarkanlah

Seminit lamanya mataku tak terkelip
Sekilas terpandang si jelita di sana
Sambil menjeling mata dia begitu juga
Lalu ku bersedia untuk berjumpanya

Setapak ku ke depan serta keyakinan
Akan ku berani kenalkan diri
Walau tak dikenali

Sungguh menawan hati tertawan
Lalu mengejar lantas ku ke depan ku kata

Hai siapa nama boleh kenal
Atau pun tidak duduk dekat mana
Dengan siapa ada handphone
Apa nombornya bolehkah kita bersama

Seminggu termenung asyik terbayang-bayang
Wajahnya yang manis buat fikiran melayang
Setelah berkenalan dia pun dah berkenan
Biar ku kenalkan dia yang rupawan

Bukan melayu juga mat salleh Juliana namanya
Jadi pujaan setiap lelaki bila bertemu dengannya

Ini pula ikutilah kisah sambungan cerita
Anak muda lagi sesak memang gempak ku tersentak
Secara tiba-tiba kami terserempak
Mata bertentang mata tanda tanya di minda

Siapakah yang di sana
Degupan jantung semakin laju bila ku bertemu kamu
Pasti mungkinkah kita sudah ditakdirkan kita berkenalan

Siapa nama
Bolehkah tidak
Duduk dekat mana
Dengan siapa