Lirik Lagu Gong Nekara – Kmy Kmo & Luca Sickta

Tubuh berbulu
Matanya merah dalam rimba
Aku keliru angkatan ke lembaga menjelma?
Urat kepala
Berdenyut cemas tak tenteram
Aku keliru
Berbaur seram dengan geram

Chorus :-

Aku (aku)
Engkau (aku)
Dia (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba
Aku diam
Tapi tadi siapa nyanyi?

Aku (aku)
Engkau (aku)
Dia (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba
Semua diam
Aku tahu siapa nyanyi!

Verse 1 Kmy Kmo

Dilontar lampiran yang tak seberapa mengusik
Nak dionarkan Sakinah yang sebati di bumi muzik
Buncah dek
Tertumbuk akal tua picik yang mula semakin uzur kufur
Nikmat yang diberi percuma lantas nafsunya terus menggelupur
Rongga ritma rambang gila
“kuku bima” bacok lidah
Longgar rima lambang nila
Susu dijaga rosak dah diludah
Separuh baris salam sua
Kenal dalam dunia nista
Pelaris dicari dalam gua
Untuk diguna demi dusta cita
Invasi kritikal
Silap ritual
Basi fizikal
Membengkak mual
Injaksi lirikal
Gilap visual
Salah magikal
Katak berbual
Mahu klasikal
Beli dan jual
Beli mistikal
Jual mistikal
Beribu tahun
Berkali lantun
Berjuta pantun
Berjujuk lakon
Ya !
Pungkur panas berdarah gusi ke?!
Hilang nafas yang tata susila!
Ukur ganas pada kerusi je!
Bilang “Emas” hmm jauh lagi la
Ukur agas dengan burung hantu
Cari nahas di gua puaka
Mantera lahir dari jari hantu
Matra ganas tak cari suaka

Ulang Chorus *

Verse 2 Luca Sickta

Pantun angkuh lantun rakus rumus
Santun patuh jakun kamus kubus
Seru jangan sampai tamak nama
Deru arus angan tambat lambai saka
Mata merah tangan santai
Bila
Diam duduk tak berantai
Maka
Tindak tanduk pun ter urai
Dendam silam tusuk terburai
Woohh
Naik bongkak sudah sampai otak
Sambil dongak waktu tolak
Makhluknya rongak kepala botak
Minda todak namun masih hidup dalam kotak
Tayang usah, jika jiwa tu mudah melayang
Resah tenang diri sendiri sudah di karang
Apa lagi?
Mahu jadi?
Terikat dengan bayang sendiri dari dulu sampai hari ini haaaaa

Ulang chorus*

Verse 3 Kmy Kmo

Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau
Mungkin dulu rimba tebal semua berbekalkan pisau
Ini zaman sembur pucuk lagi laju dari santau
Makin hari makin resah jiwa yang cuba ditenang
Tewas juga hujung hari lepas hari baru menang
Nafsu lonjak bakar hati jantung pun laju digendang
Bila jauh jadi abdi “Masuth” puji pakai tendang
“Murrah” gelakkan kau, aku, kita kerna dah berjaya
Lumrah gerakan si alpa mudah lena lepas kaya
Bukan harta, atau benda di kejar nya hanya batu
Bukan Alpha atau Mambang yang ku gentar hanya Satu (Allahuakbar Allahuakbar )

Ulang chorus*

Outro :-

Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau