Lirik Lagu Gergasi Hijau – Payslip

Lirik Lagu Gergasi Hijau – Payslip
2.5 (50%) 2 votes

Aku kau henyak kau lanyak sewenangnya
Hatimu bagaikan boneka ujianku rempuh
Aku kau pulas kau hempas sesukanya
Hatimu diriku bagaikan sebuah tv lama

Andai inilah persahabatan tak perlukan musuh

Cukup-cukuplah kau buatku marah
Sebelum diriku berubah jadi gergasi hijau
Tak siapa suka melihatku marah
Pabila diriku berubah jadi gergasi gila

Aku mudah kau persetan tak berharga
Umpama selipar lama yang kau buang saja
Aku kau dunjal bertubi di kepala
Umpama anak sekolah baru belajar kira

Andai inilah persahabatan tak perlukan musuh

Cukup-cukuplah kau buatku marah
Sebelum diriku berubah jadi gergasi hijau
Tak siapa suka membuatku marah
Pabila diriku berubah jadi gergasi gila

Andai inilah persahabatan tak perlukan musuh

Cukup-cukuplah kau buatku marah
Sebelum diriku berubah jadi gergasi hijau
Tak siapa suka membuatku marah
Pabila diriku berubah jadi gergasi gila

Diriku berubah jadi gergasi hijau
Cukup-cukuplah kau buatku marah
Sebelum diriku berubah jadi gergasi hijau