Lirik Lagu Geena – Black

Rate this post

Hey
Kau dah sakti
Digores kau tak terguris
Tiada apa yang mampu meluka kau lagi kini
Kaulah srikandi yang tegar
Puas kenali erti pertempuran
Di medan cinta
Yang tiada belas nuraga

Bagaimana denganku Geena
Yang masih mentah ini
Kau biarkan terseksa pula

Bagaimana denganku Geena
Sampai hatimu
Membiarkanku dalam
Mendahagakan kasihmu

Hey
Kau percaya bahagia hanya dongeng
Buat melaris filem remaja dan novel picisan
Kau sembunyikan hatimu
Kau topengkan wajahmu
Dengan wajah yang memalsukan
Diri sebenar dirimu

Bagaimana denganku Geena
Yang masih mentah ini
Kau biarkan terseksa pula

Bagaimana denganku Geena
Sampai hatimu
Membiarkanku dalam
Mendahagakan kasihmu

Hey
Sampai masa kekebalanmu menghilang
Air matamu akan kembali jatuh menjuraian

Aku pastinya kau tahu
Hati tak mungkin mampu
Selamanya terus terpulau
Dari sentuhan perasaan

Bagaimana denganku Geena
Yang masih mentah ini
Kau biarkan terseksa pula