Rahsia kamu kini dah aku sangka
Luka ini darimu tak aku jangka
Lama sudah ku kata tapi kau buat lupa
Seperti aku pula yang berpura-pura
Setiap waktu ku hanya mahu kau dalam galeriku
Jangan marahku macam wayang sakitkan hatiku
Tak perlu kata sayang pada aku
Aku dah tahu kisah sebenar mu
Tak perlu kamu jelaskan padaku
Aku bahagia tanpa dirimu
Yang sudah tu sudah
Susah kalau kau tak nak berubah
Sukar kalau tak mahu tukar
Jelak nak dengar apa yang kamu ujar
Akal keliru menjawab soal hati
Bakal sembilu menusuk qalbi
Mungkin kita tak sabar nak berlari
Tapi emosi kita belum khatam berjalan lagi
Terima kasih atas pengalaman
Tersadung hati ini jadi pengajaran
Masing-masing dah bebas tanpa kekangan
Sekali sekala teringat yang dalam kenangan
Tiada makan hati dah makan asam garam
Jika terjumpa bagi salam masing-masing faham
Tinggal di galeri yang lain semua padam
Fajar esok menanti aku lupakan semalam