Lirik Lagu Falsafah Hidupku – Black Dog Bone

Rate this post

Biar malam gelap gelita
Ku kan terus melangkah jua
Tak hirau pada duri ranjau
Di lembah dan digunung

Ketika siang mentari memancar
Hingga hangus tubuhku terbakar
Tak mungkin ku merasa gentar
Memburu kejayaan

Itulah falsafah hidupku
Yang ku genggam dengan kukuh
Sejak aku mula mengenal
Derita kepahitan dunia

Biar cabaran yang datang melanda
Pasti kutempuh sepenuh daya
Biarlah bersusah dahulu
Dan senang kemudian

Kejayaan yang dicapai
Dari setiap kekecewaan dan penderitaan
Mengandungi nikmat yang tinggi nilainya