Lirik Lagu Embun – Aqasha

Lirik Lagu Embun – Aqasha
5 (100%) 3 votes

Dari bibir
Kancah yang menyiksa
Telah tersua cinta kita
Usah dikau cuba menyangkalnya
Kutahu kau merasa apa yang kurasa

Katakanlah
Mentera apakah
Mengobar bara di hatimu
Kau rela korban sebuah asmara
Demi merandai perjuanganmu

Embun andai takdir
Kita tak bersama
Selama jasad masih bernyawa
Tak mungkin kau kan kulupa

Embun andai takdir
Memisahkan kita
Tak bersatu di bumi yang fana
Ku damba dikau di syurga

Kaulah cahaya menerangi kegelapan
Kau kekuatan di kala mumur impian
Andai kau gugur malah tiada bernisan
Takkan kau pudar di ingatan

Embun andai takdir
Kita tak bersama
Selama jasad masih bernyawa
Tak mungkin kau kulupa

Embun andai takdir
Memisahkan kita
Tak bersatu di bumi yang fana
Kudamba dikau di syurga

Ku damba dikau di syurga
Nun di syurga