Lirik Lagu Dunia Tanpa Sempadan – Dato’ Shake

Rate this post

Dari khatulistiwa ke kutub utara
Apakah nilainya batasan manusia
Di mana sempadannya
Di warna kulitkah atau budaya
Atau berlainan bicara

Jika lahir bayi dengan tanpa negeri
Apakah ianya bebas dari sempadan
Baginya dunia rata semua manusia
Menjadi saudara tentulah tiada sengketa
Tentulah tiada sengketa

Jika tanpa sempadan apakan terjadi
Integrasi manusia harta milik bersama
Tentunya monopoli kemewahan tiada
Bergerak tanpa sempadan
Lahir kemerdekaan jiwa
Dunia tanpa sempadan