Lirik Lagu Di Sebalik Warna Cinta – Anis Suraya

Rate this post

Di sebalik warna-warna cinta
Menjadi rahsia dengan rela diterima dari mula
Perasaan bagai dulu tidak kan berubah
Walau arus kian deras menghampiri makin terasa

Kala samar nan kelabu
Terhenti nafas tika mimpi
Andai terang di dalam hati ini
Detik dan ketika ku hayati

Kau hadirlah di sini
Oh temani rindu bersama
Walau gerimis tiada henti
Menitis di dalam hati

Kau carilah sendiri
Di mana hatiku sembunyi
Atau awan tak bercerita
Di sisi pelangi pagi