Lirik Lagu Cintaiku Tuhan – Akira Shukri Hashtag (#tag)

Lirik Lagu Cintaiku Tuhan – Akira Shukri Hashtag (#tag)
5 (100%) 1 vote

Selagi ada nyawa
Ku kan terus berdoa
KeampunanMu pada diriku
Engkau Tuhan yg Satu

Selagi jantung ini
Ada degupan lagi
Akan ku cuba menggapai cinta
Pada diriku yang hina

Kerana diriku bukanlah sempurna
Segala hariku penuh bersama dosa

Ku ingin memohon keampunan dariMu
Masih belum aku sedia bertemu denganMu

Oh Tuhanku
Ampunkan dosaku
Kerana hambaMu
Lalai setiap waktu
Kita kan bertemu
Bawa ibadatku
Agar Kau mencintai aku

Oh Tuhanku
Ampuni silapku
Kerana hidupku
Hanya atas namaMu
Aku kan menunggu
Cinta rahmat dariMu
Agar aku ke jalanMu seperti yang Kau mahu

Selagi ada waktu
Ku kan terus bersujud
Tangis padaMu atas dosaku
Hanya ku pinta itu

Selagi jasad ini
Mampu bekerja lagi
Kan ku kerjakan segala suruhan
Hindari laranganMu Tuhan