Lirik Lagu Cinta Tersimpul Rapi – Anis Suraya

Lirik Lagu Cinta Tersimpul Rapi – Anis Suraya
2.67 (53.33%) 6 votes

Ku lerai segala yang terkusut
Ku simpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku

Inikah yang harus ku terima
Di atas setia sekian lama
Kau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu

Rinduku cintaku bukannya yang terkusut
Ku ikat ku belai dan ku simpul

Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah

Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari
Setinggi mana engkau cuba membawa diri akan aku daki
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi kan ku selami

Biar terbukti biar bersaksi
Cinta kita cinta tersimpul rapi