Lirik Lagu Cinta Nan Satu – Anita Sarawak

Rate this post

Oh sayangku
Kini ku pulang ke pangkuanmu
Kasih dulu sesegar harum takkan layu
Kepayahan hidup berjauhan dahulu
Mengajar aku lebih rindu padamu

Seandainya
Dibukakan jalan cinta
Yang pertama izinkan dahulu
Kan ku lafazkan ucapan rindu
Agar terhapus apa yang terbuku ini
Yang ku ingin kasih

Berpayung denganmu
Berteduh denganmu
Di mahligai indah
Kita bina
Atas nama cinta
Mimpi sejak mula
Dari dulu dan kininya
Tiada secebis pun berbeza
Cinta nan satu

Oh sayangku
Umpamanya camar senja
Kembali kumenagih bahagia
Betapa jauh ku mendaki
Dengan harapan dan cinta
Yang agung ini
Ku ingin kasih

Cinta nan satu terukir hatiku
Tiada selainnya
Padamu pertama kali
Hati memberi
Dan semoga persinggahan kan abadi