Lirik Lagu Bisikan Hati Di Pagi Raya / Aidilfitri – Sharifah Aini & Hail Amir

Lirik Lagu Bisikan Hati Di Pagi Raya / Aidilfitri – Sharifah Aini & Hail Amir
5 (100%) 1 vote

Fajar Aidil Fitri datang dengan wajah berseri
Gema suara takbir sayup membelah sunyi
Betapa tabah hati ini menyambut ketibaanmu
Dengan hati yang syahdu bersama senyum dan tangis
Kita hulurkan jua salam wangi
Seranum budi seluhur hati

Di subuh hari raya
Terdengar suara takbir
Yang memilukan hati kian kaum muslimin
Tiba hari lebaran yang dinanti-nanti
Bersamalah klta bermaaf-maafan

Kelihatan kanak-kanak berduyun
Bergembira menyambut hari raya
Menziarahi kaum keluarga tertua
Mohon maaf salah khilaf

Tidak lupa kepada yang tiada
Menziarahi pusara dengan doa
Allah akan mencucuri rahmat
Semoga rohnya sejahtera

Setelah kita sebulan berpuasa
Tibalah kini hari yang mulia
Tua muda miskin atau kaya
Bersama kita merayakannya

Ayahanda bonda sembah salam dariku
Ampun dan maaf yang ananda pohonkan
Allah lanjutkan usia ayahnda bonda
Hidup penuh kesejahteraan

Setelah kita sebulan berpuasa
Tibalah kini hari yang mulia
Tua muda miskin atau kaya
Bersama kita merayakannya

Ayahanda bonda sembah salam dariku
Ampun dan maaf yang ananda pohonkan
Allah lanjutkan usia ayahnda bonda
Hidup penuh kesejahteraan