Lirik Lagu Biru Malam – Chubb-E X Amir Masdi

Walau senyum indah cahaya
Bagai bulan kala gelita
Namun hati masih gelisah
Terkenang dirimu

Walau bibir indah berkata
Hilang dalam dunia tawa
Sendiri bertemankan purnama
Menanti dirimu biru malam

Di saat diri tak berteman
Sendiri mencari jawapan
Adakah mampu aku terus berjalan

Ku hanya mampu tuk berdoa
Agar semua tak sengsara
Gelapku menanti bulan menyinar
Agar bercahaya

Aku berjanji
Akan ku cari diri ini
Yang lemas di dalam mimpi
Ku ubah jadi realiti

Walau senyum indah cahaya
Bagai bulan kala gelita
Namun hati masih gelisah
Terkenang dirimu

Walau bibir indah berkata
Hilang dalam dunia tawa
Sendiri bertemankan purnama
Menanti dirimu biru malam

Ku sedar diri ini tidak sempurna
Senyuman menutupi hati yang luka
Pada Tuhan ku berserah
Kuatkan hati diri takkan menyerah

Sebelum nafas akhir diri ditelan bumi
Biarku mengenali diri
Apa ku harus ku berikan hati pada semua insan
Walau diri tak mampu

Namun aku berjanji
Akan ku cari diri ini
Yang lemas didalam mimpi
Ku ubah jadi realiti

Janji aku tidak akan menyerah
Resah tapi tidak akan berserah
Biru malam akan aku cari
Setia walau sendiri menanti

Ku dicipta bukan untuk mengalah
Masih bersyukur walaupun beralah
Walau setiap apa yang ada
Punyai sinar cahaya tak terkata

Walau senyum indah cahaya
Bagai bulan kala gelita
Namun hati masih gelisah
Terkenang dirimu

Walau bibir indah berkata
Hilang dalam dunia tawa
Sendiri bertemankan purnama
Menanti dirimu biru malam

Aku sedar hidup ini perlu kesedaran
Tanya pada hati adakah
Jiwa ini perlukan kemenangan
Adakah diriku selesa
Menjadi watak yang berbeza
Aku angkat kedua tangan
Menanti jawapan biru malam