Lirik Lagu Bila Kau Tiada – Nurul & Ajai

Rate this post

Aku jadi resah bila kau tiada
Melihat sekeliling apa adanya
Hanya wajahmu bermain di sisi
Ku manusia manusia harus begini

Harus ku rasai apa kau rasa
Bila kau tiada aku sengsara
Tepikan segala keraguanku
Manusia manusia harus alami

Kerana aku cinta padamu
Kerana aku mengharapkanmu
Berikan kesempatan
Pada diriku yang merindu
Yang merindu bila kau tiada

Tak daya melawan rindu di hati
Ubati resah ini oh kekasihku
Jangan biarkan ku sendiri lagi
Aku jemu aku jemu tanpa wajahmu

Biarlah semua kita rasai
Agar kita tahu apa ertinya
Cinta yang tersemai di sanubari
Demi cinta
Demi cinta ku lalui segalanya