Lirik Lagu Berdendang Sayang – Eddie Ahmad

Rate this post

Berdendang sayang nyanyian si anak muda
Masa dilamun oleh gelombang asmara
Indah bunyinya bersajak pula
Mengikut alunan jiwa dalam bercinta

Jikalau malam terang bulan di angkasa
Berpasangan duduk bermandikan cahaya
Sambil menyanyi bergurau senda
Lupa segala derita menghimpit jiwa

Masa yang lalu
Tak usah dikenang
Jika terkenang
Airmata pun berlenang

Buangkan derita yang menyiksa diri
Bergembiralah untuk menghiburkan hati
Wahai nak muda marilah kita
Berdendang sayang menyanyikan lagu riang