Lirik Lagu Aman Ra – Fighter (OST Sangkar)

Buku lima simpan dendam
Bersukat darah bertimbang daging
Akan secubit jadi segenggam
Seperti helang menyongsong angin

Bila tumbuh bahaya sengketa habis licin
Kalau kena tampar biar tangan yang bercincin
Lawan yang beralamat tujuan yang bermaksud
Kalau kena pijak biar kaki yang berkasut

Hutang budi dibayar budi
Hutang darah dibayar darah
Hutang budi dibayar budi
Hutang darah dibayar darah

Dalam hati rasa macam aku hang tuah moyang punya
Bukan cari musuh tapi kalau terserempak tak goyang
Bukak tapak menanti macam tempat bapak aku
Masuk saka tegak macam balak

Tak akan kayu bukak kulit ambik isi
Kau berkelahi dalam mimpi
Kau nampaknya macam berbin
Tapi macam perangai binti

Minta sejengkal boleh bagi kau
Aku aku boleh bagi kau
Minta sehasta aku boleh bagi kau

Buku lima simpan dendam
Bersukat darah bertimbang daging
Akan secubit jadi segenggam
Seperti helang menyongsong angin

Bila tumbuh bahaya sengketa habis licin
Kalau kena tampar biar tangan yang bercincin
Lawan yang beralamat tujuan yang bermaksud
Kalau kena pijak biar kaki yang berkasut

Hutang budi dibayar budi
Hutang darah dibayar darah
Hutang dudi dibayar budi
Hutang darah dibayar darah

Bila sekampung perangai tahi
Bila seorang kau terkencing
Acah macam hati kering
Kena lutut mula pening

Tengok macam nak cuba sangat tapi tak terdaya
Boleh dengar sembang kencang tapi aku tak percaya
Kalau barang yang disadur tolong jangan masuk campur
Berterabur gigi kau nanti bila kau kena tabur

Minta sehasta aku boleh bagi kau
Minta sedepa aku boleh bagi kau

Buku lima simpan dendam
Bersukat darah bertimbang daging
Akan secubit jadi segenggam
Seperti helang menyongsong angin

Bila tumbuh bahaya sengketa habis licin
Kalau kena tampar biar tangan yang bercincin
Lawan yang beralamat tujuan yang bermaksud
Kalau kena pijak biar kaki yang berkasut
Hutang budi dibayar budi