Lirik Lagu Airmata Berlagu – Kozae & Adeep Nahar

Lirik Lagu Airmata Berlagu – Kozae & Adeep Nahar
5 (100%) 1 vote

Moga dirimu bahagia
Aku sedikit pun tak rasa kecewa
Bila kau membiarkan aku terdampar
Aku tempuh dengan bangga
Tiada pun rasa terkilan
Aku anggap ini semua suratan
Akan ku simpan semua kenangan
Terima kasih satu pengalaman

Aku bersyukur ku akur semangatku takkan luntur
Walau kau mahu ku gugur bedilan ku telah diukur
Aku masih lagi berdiri masih tak lupa diri
Waktu pertama kali cuba kau ingat kembali
Pernah kita berpayah sepi kita meratap sama sedih sama melatah
Sama-sama apa ku kesah bila sudah mencapai jaya kenapa harus berubah
Aku kau rasa hina hilang apa ku kesah walaupun rasa jemu tidak mahu ketemu
Aku menjadi buntu celaru walau apa pun berlaku
Ya terima kasih moga dirimu

Ramai juga datang bertanya apa silap dan punca
Kenapa mesti berpisah hingga menjadi suatu cerita
Ada yang bertepuk ada yang sorak
Ada yang menepuk bahu tak kurang yang menolak
Aku hanya mampu tersenyum nampak ceria di dalam hati tak perlu lagi kau tanya
Aku katakan sudah suratan bukan aku yang tertukar bukan aku yang mahukan
Salahkan saja aku jika itu yang memberi kamu kepuasan
Sedikit pun tak terkilan moga terus kekal bertahan
Apa yang berlaku mendewasakan ku
Terima lagu dariku terima kasih moga dirimu

Terima kasih atas segala memori terima kasih kerna ku masih di sini
Terima kasih ku ucap sekali lagi takkan ku lupa kenangan bersama denganmu
Takkan ku lupa segala yang berlapa kenangan bersama denganmu
Ya moga dirimu bahagia
Terima kasih padamu